iman bertambah dan berkurang…
eh..dia dah berubah lah..!!si A dah tak pakai tudung labuh! Si B dah ada boyfriend! Si C dah tak tutup aurat!!stokin hilang ntah kemana..kenapa ni kak?
Persoalan-persoalan ni yang kerap kali di adu oleh sahabat-sahabat dan adik-adik kpdku..mmg agak sukar untuk menjawab krn harga kebebasan dan hak peribadi yg mungkin mrk inginkan lebih utama..
Kefahaman hidup berpegang dgn AGAMA perlu diyakini.. Kefahaman konsep dan etika berpakaian sbb AGAMA bukan sbb BUDAYA perlu diperhalusi..
Teringat sewaktu di alam sekolah yg penuh kontroversi..mungkin tidak dinafikan unsur paksaan terjadi. Aliran Thanawi mmg dibenci krn sikap “wara’ kabir” nya..tambahan pula ramai pulak dr aliran ini mendominasi jawatan di ASPURI/A dan jua sekolah..pd waktu ni, semua cantik2..adik2 berpakaian sopan..bertudung labuh selabuhnya..beradab.. tp dlm hati, siapalah yg tau..kan?!
Ramai yg terseksa..terpaksa..mengikut peraturan sekolah yg bg mrk menyeksa jiwa. Baju kena kancing. Tudung turki shj dibenarkan..tudung bawal langsung tak boleh pakai..solat wajib di musolla..usrah kena ikut..bersukan perlu baju labuh ke lutut..stokin wajib pakai..dan byk lagilah..yg pasti bdk2 thanawi yg akan dileteri..diumpat..sdgkan itu hanya peraturan sekolah yg ditetapkan oleh pihak sekolah..
Mgkin jugak waktu itu..masing2 masih cetek pengetahuan dan pengalaman..bdk thanawi jgk, ada yg menjadi blind followers..apa yg disuruh, buat..apa yg ditegah, jangan..
Pendek kata..byk ragam yg berlaku pd zaman sekolah..siapa yg faham tentang hikmah peraturan pastinya mrk takkan membantah..
Acu selalu jgk membantah dan dibantah..sbb mmg style tak peduli kata org…selagi kita yakin kita di pihak yg benar dan kita tau HUKUM ALLAH..kita pasti takkan hanyut..ada waktu acu sejalan dgn shbt2..ada waktu acu sejln dgn adik2..
Anyway..apa yg nak dicetuskan di sini..beredarnya masa, beredarlah jua halatuju..
Spt awal yg dikatakan..kebebasan dan hak pendirian menjadi punca perubahan.. tp, tidak dinafikan timbul rasa sedih..kalau shbt2 ku berubah jauh dr agama..jka dahulu ayu sopan menutupi aurat, ttp sikit demi sikit terselak sana sini..kalau dah berubah fesyen tudung, baju berlambak boleh jumpa..acu pun begitu..ttp masih dikategori selamat (“,)
Kdg2 timbul jua, apa yg difahami..apa yg dipelajari sepanjang persekolahan..adakah krn peperiksaan atau krn paksaan? Masing2 mempelajari ilmu akidah, tauhid, fiqh dan sbgnya..mrk jua mendalami al-quran..ttp benarlah..hidayah ALLAH itu takkan kekal jika kita tak menjaganya..mrk yg alim hari ini, mgkin tumbang hari esok..termasuk mrk yg jahil hari ini, mgkin akan cemerlang hari esok..
Semuanya krn iman yg jika dibaja akan terus bertambah subur pdNya..tetapi, jika dibiar kontang, akan luput rasa takut pdNya..
Kata org tepuk dada, Tanya selera..knp tidak tepuk dada, Tanya IMAN..adakah ini sebenarnya hakikat kehidupan? Adakah ini kehendak TUHAN? Adakah bagus semua amalan? Adakah cukup menjadi bekalan? Atau terus diambang kejahilan? Atau menjadi punca suara sumbang kpd ISLAM?
Pelbagai kes yg berlaku hari ini..sehingga hukum ALLAH diperlekehkan..kes murtad, rogol, zina..jenayah perang dan pelbagai kes yg merosakkan imej ISLAM..siapa yg rasa bersalah??
Soal berpegangan tangan lelaki perempuan tanpa rasa salah..soal membuka tutup aurat tanpa rasa bersalah dan pelbagai isu social manusia yg tidak malu menggelarkan diri mereka MUSLIM!
Siapa mahu menjaga agama ISLAM? Nak harapkan Ah Pek jual sayur? Atau Muthu jual susu? Atau Iban A/L Kadazan ? atau mana2 bangsa lain yg tak tau ISLAM?
Semua nak masuk syurga..ttp amalan harian diselaputi dosa..dosa org lain yg mempengaruhi..dan dosa diri sendiri yg sentiasa membaluti..
Renungan ini hanya untuk tatapan peribadi dan dikongsi kpd yg sudi..